There was an error in this gadget

What's on TOP?

Siapa geng Diet !! :)

Sunday, October 11, 2009

KERINTANGAN



Selamat Berdiet kepada pengunjung-pengunjung semua.Terima kasih kerana masih setia menjalani pogram diet bersama dengan produk HPM Dr.Rozmey. Kepada anda yang sedang berusaha meningkatkan kualiti hidup, teruskan usaha hingga ke titisan terakhir dan jangan mudah mengalah.Kepada yang masih ragu-ragu fikirkanlah yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk kesihatan diri sendiri.Percayalah bahawa pemakanan yang seimbang serta senaman yang berkala menjamin hidup yang lebih baik.

Tidak disangkal lagi, ahli serta pengedar produk HPM kini sudah semakin ramai.Kepada pelanggan saya yang dihormati, di kesempatan ini ingin saya memohon maaf atas kelewatan serta ketidaklancaran kerja memproses tempahan barang-barang anda dari HPM.Ini kerana masalah yang timbul dalam pihak pengurusan Dr.Rozmey sendiri.Jadi sebagai salah seorang pengedar saya turut merasa bersalah sekiranya tuan-puan mendapati barang HPM yang ditempah lewat tiba atau lambat diproses oleh mereka.Harap segala kesulitan pihak HPM dan pengedar dapat difahami oleh pengguna dan pembeli lain.Terima kasih kerana masih sabar menunggu dan menyokong produk HPM-100% berkualiti.

Kepada mereka yang telah mendapat barang yang dipesan, manfaatkan lah penggunaan produk tersebut sebaik mungkin.Tekap dalam pemikiran anda supaya jangan sia-sia kan wang ringgit yang dilaburkan untuk mendapatkan hidup yang lebih berkualiti.Semoga anda semua dilindungi Rahmat-NYA selalu.Amalkan hidup yang sihat.Salam mesra.


Monday, August 31, 2009

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan buat pengunjung.
Berpuasa dengan Jusmate 5?? Tentu bermanfaat..Ikut sahaja tips yang diberi untuk anda yang ingin berpuasa di Bulan Ramadhan bersama dengan JM5.

*Bangun awal pagi dan bersihkan diri untuk bersahur. Sediakan jusmate 5 sepeket-bancuh dengan air kosong.
*Banyakkan air masak/suam sebelum sampai waktu isyak
*Terus sahaja solat Subuh selepas bersahur-amalan ini seperti anda telah melakukan senaman ringan 10-15 min di waktu pagi.
*Kalau rasa bertenaga lagi boleh buat senaman cardio sahaja selama 30-45 min(low impact)-boleh lihat disini .Jangan paksa diri ,buat yang termampu sahaja.
* Rehat secukupnya sehingga petang,lakukan aktiviti yang berfaedah di samping melakukan amal ibadah.
*Waktu berbuka,amalkan pemakanan seimbang-contoh: 1cwn nasi,1 cwn protien(ikan/daging/ayam),2-3cwn sayuran,2 cwn buahan.
*Sebelum/Selepas berbuka amalkan minum air kosong sebanyak mungkin
*Malam sebelum tidur,bancuh sepeket lagi JM5 (untuk yang mengambil 2 peket sehari).
*Jangan lupa solat terawikh jga senaman untuk anda selepas berbuka puasa,ia membantu membakar kalori yang anda ambil semasa berbuka
*Ingatlah bahawa bulan puasa ini,badan dan organ percernaan kita direhat kan setelah 11 bulan bekerja keras membantu anda mencernakan pelbagai makanan yang masuk. Jadi elakkan megambil makanan secara berlebihan semasa berbuka atau sahur.
*Bosan mengambil JM5 di waktu sahur,tukar kepada ambilan sebelum tidur.Gantikan menu sahur anda dengan hidangan oat atau roti penuh mil.
*Puasa juga bukan halangan untuk anda minum lebih air putih-pastikan 1.5L dihabiskan sehari.
*Selamat berpuasa (",)

Wednesday, August 12, 2009

GUNA KALORI ANDA SECARA MAKSIMUM!!

Sumber :Kevin Azahari (Gua.com),Syima (KelabDIet)

Salam Mesra buat pengunjung semua.Saya akan kongsikan tips untuk mengira keperluan kalori anda serta bagaimana ingin memaksimumkan penggunaannya supaya kita tahu lemak-lemak dalam badan kita akan dibakar,bukannya diperap di dinding sel sahaja.Dengan menggunakan rumus ringkas dan langkah di bawah anda akan lebih memahami dan seterusnya mengambil langkah bijak untuk membakar lemak dan meningkatkan metabolisme anda semaksimum mungkin...

I) Rumus mengira keperluan kalori badan bergantung kepada umur seseorang,berat badan dan juga ketinggian.Tetapi kiraan keperluan kalori harian ini tidak besandar pada aktiviti fizikal seseorang.Ok.

MEN = 66+ (13.7 x kg)+ (5 x cm) -(6.8 x umur)
WOMAN= 655 +( 9.6 x kg) + ( 1.8x cm) -(4.7 x umur)


*petunjuk*
Kg- berat anda
Cm- tinggi anda

II) Setelah mendapat jumlah kalori yang diperlukan per day anda.Contohnya 1600cal.Maka anda perlu memastikan kalori yang diambil setiap hari mestilah tidak melebihi kalori yang diperlukan oleh tubuh anda.Sil rujuk panduan mengira kalori dalam makanan disini

Anda sudah mengetahui jumlah kalori anda ambil setiap hari,contohnya kalori saya dalam menu harian berjumlah 1200cal,dan setiap hari saya mengemas rumah (menggunakan 160 cal sejam) selama 3 jam dan senaman erobik sejam (guna 450 cal).Maka pada hari tersebut berapa kalori yang sudah saya gunakan????

III) Untuk mengira kalori yang sudah kita gunakan,rujuk di bawah

KALORI guna= KALORI diperlukan - KALORI from foods + KALORI workout/senaman

Jika menggunakan maklumat di atas

Kalori guna= 1600 - 1200 + 160 +450 = 1010cal telah digunakan.

Makna nya anda telah mengurangkan lemak anda pd hari tersebut.TAHNIAH.


UNTUK KALORI daripada senaman/workout anda,lihat senarai di bawah:

Type of Exercise

Calories /hour
Sleeping 55
Eating 85
Sewing 85
Knitting 85
Sitting 85
Standing 100
Driving 110
Office Work 140
Housework, moderate 160+
Golf, with trolley 180
Golf, without trolley 240
Gardening, planting 250
Dancing, ballroom 260
Walking, 3mph 280
Table Tennis 290
Gardening, hoeing etc. 350
Tennis 350+
Water Aerobics 400
Skating/blading 420+
Dancing, aerobic 420+
Aerobics 450+
Bicycling, moderate 450+
Jogging, 5mph 500
Gardening, digging 500
Swimming, active 500+
Cross country ski 500+
Hiking 500+
Step Aerobics 550+
Rowing 550+
Power Walking 600+
Cycling, studio 650
Squash 650+
Skipping with rope 700+
Running 700+

goodluck~


0 1 9 - 9 8 7 0 0 5 1

Wednesday, August 5, 2009

PRODUK BARU DARI HPM

HPM di bawah pengasasnya Dr.Che Rozmey telah mengeluarkan beberapa lagi produk terbaru untuk golongan tertentu pastinya untuk kebaikan kita sebagai pengguna.Seperti produk sebelum ini, semua produk keluaran HPM mempunyai kualiti yang baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.Baru-baru ini juga HPM memperoleh sijil HALAL dari Jakim. Memang selamat digunakan tanpa was-was.Jom lihat barangan terbaru dari Herba Prima Marketing.


GAIN 5-bagi yang terlalu kurus dan ingin menambah berat badan,cubalah Gain 5 dari HPM. Produk ini membantu dalam pertumbuhan otot-otot badan anda serta mengaktifkan berjuta sel badan dan organ penting badan berfungsi secara maksimum supaya badan lebih sihat dan cergas (BUKAN PERTAMBAHAN LEMAK TIDAK SIHAT).

Campuran “whey protein” , Vitamin A,B 2, B3, B5, B6, C, kalsium, iodine,zinc,thiamine, biotin, folic acid mampu membina otot-otot badan yang baru, meningkatkan “growth hormone” dan pembesaran sel-sel badan selain memberikan tenaga dan meningkatkan selera makan.Formulasi yg serba lengkap dan menyeluruh ini mampu memberikan berat badan yang ideal bagi anda yang mempunyai masalah kurang berat badan.



KOPI EXPRESSO -Pertama di Malaysia, minuman hebat untuk lelaki dan wanita yang ingin menimati kehidupan intim yang lebih panas dan selamat !!!!Di formulasikan oleh Dr. Rozmey, pakar perubatan dan herba.

Ektrak maca yang kaya dengan amino asid, kalsium, zinc, magnesium, phosphorous. Maca bertindak mengawal keseimbagan hormon dengan memaksimakan fungsi kelenjar pitiutari. Maca juga dikenali sebagai adaptogen menambah kebolehan badan melawan tekanan dan penyakit.Kebaikannya:
- Menambah stamina dan tenaga
- Merangsang nafsu sexual lelaki
- Merawat masalah sexual lelaki
- Memantapkan fizikal dan emosi
- Merangsang kesegaran otak
- Merawat kemurungan
- Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
- Menambah keseimbangan hormon

Keputusan penyelidikan klinikal terhadap 2000 lelaki untuk masa lebih 5 tahun amat panas !mampu merendahkan tahap gula dan kolesterol dalam darah, melawan stress, menambah k, butea superba, ektrak tongkat ali, extrak ginseng memberi kepuasan tambahan, kerana ia secara semulajadi menjadikan ereksi zakar bertahan lama dan meningkatkan ghairah sexual, stamina dan keseronokan sexual yang disukai oleh lelaki dan wanita !!!



TERBARU - DR BETES -
Berfungsi mengurangkan GULA dalam badan.



TERBARU -DR Q10-
Baik untuk kesihatan jantung anda.

Buatlah pilihan bijak sekarang.Kesihatan anda tanggungjawab anda.Mencegah lebih baik daripada merawat.Salam mesra dari penulis.

Sunday, July 19, 2009

LONG TIME NO SEE

Dah lama penulis tak update ruangan tips berdiet dengan Jusmate 5 ni.Maaf kepada pengunjung yang penulis tak sempat membaca or reply masalah anda.Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada saya.Tapi ternyata kini semakin ramai mereka yang menghadai masalah kesihatan mempercayai produk daripada HPM.Tahniah dan semoga berjaya saya ucapkan.Sentiasa beringat bahawa kita berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi dan mencegah masalah kesihatan diri,namun Tuhan jua yang menentukan segalanya.

Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi.Ambillah kesempatan itu untuk mehasabah diri dan menjaga kesihatan di samping memperbanyakkan amal ibadat. Suka saya syorkan berpuasa lah dengan Jusmate 5 bagi anda yang mempunyai masalah berat badan.Pinta la doa di bulan mulia ini supaya semua usaha kita diberkati.InsyaAllah berjaya.Mudah-mudahan tips berpuasa dengan jusmate5 dapat kita kongsikan bersama-sama.Salam Sejahtera.

Tuesday, May 12, 2009

Percaya Atau Tidak

Bertenang Bantu Atasi Perut Buncit
dipetik dari rapi sept 2008

Tekanan yang terlalu banyak sebenarnya membawa kepada masalah yang sering menghantui wanita atau lelaki iaitu perut buncit. Apabila kita rasa tertekan paras kortisol dan hormon yang boleh menyebabkan kegemukan dalam badan akan meningkat. Pakar diet dari National Institute of Public Health mengatakan bagi menurunkan paras kortisol dan hormon ini cubalah senaman minda yang mudah sependek 5 minit.

-----Cari tempat yang anda boleh duduk dengan selesa. tarik nafas perlahan-lahan dan kosongkan minda. Teruskan bernafas dengan mendalam dan sebut satu perkataan sebaik anda hembuskan nafas. AMALKAN latihan pernafasan ini 5 - 10 minit sebanyak 2 kali sehari-------

Jika diamalkan dengan betul, rasa tertekan boleh dikawal dengan sendirinya.. Cubalah..

Wednesday, April 15, 2009

TANDA_TANDA SAKIT

InsyaAllah...suka sekali saya kongsikan artikel dari mailbox saya ini khas buat anda semua..
Risalah ini bagus untuk anda semua.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :
1.MATA (tindak balas keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v)Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2.HIDUNG-Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3.BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari ambil ubat(RG)
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4.KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlakudi seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi
.ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6.MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7.TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8.KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9.RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10.KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11.KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12.RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA.Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA.Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING.Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING.Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Sunday, April 12, 2009

AIR KOSONG



Antara tips terbaik yang paling berkesan dalam mana2 pogram penurunan berat badan ialah dengan mengambil air kosong lebih dari 800ml setiap hari atau lebih dari lapan gelas. Ini untuk memastikan tubuh anda tidak terhidrasi semasa menjalani pogram diet. Pengambilan air kosong juga disarankan bagi mengelakkan masalah kulit kering,sakit tekak dan juga batuk berpanjangan.Tambahan pula dengan cuaca di Malaysia sekarang yang tidak menentu anda disarankan mengambil air kosong sebanyak mungkin..

Tetapi masih ada kebanyakkan daripada pengamal Jus Mate 5 yang kurang mengambil air kosong dengan banyak alasan seperti tak sempat,tak boleh minum banyak, rasa payau dan pelbagai lagi.Di sini saya berikan beberapa tips untuk menambahkan pengambilan cecair harian dalam diet anda.

a) jika anda bukan penggemar air kosong kerana rasanya yang memang "kosong",jangan risau.Cuba perahan limau kasturi ke dalam setiap gelas minuman air kosong anda,tak kiralah sejuk atau suam.Selain itu hirisan lemon juga boleh membantu memikat rasa anda terhadap air kosong.Cubalah...

b)anda kurang minum air kosong dalam sehari,jangan khuatir kerana anda boleh tambahkan jumlah cecair dalam sup sayur yang anda ambil.sup berkhasiat semasa berdiet bukan sahaja memberi anda tenaga dan vitamin serta khasiat lain malah sup menambah kandungan bendalir dalam badan anda..

c)anda mungkin tergolong dalam individu yang susah untuk menelan air kosong dalam jumlah yang banyak sehari. Apa kata anda lakukan seperti yang saya sarankan,ambil sedikit makanan manis (ingat dalam jumlah yg kecil) seperti kek,coklat atau kuih manis,kemudian anda minumlah air kosong untuk mengurangkan kemanisan makanan tadi,insyaAllah 500ml air akan anda minum dengan mudahnya..

d)bawa air kosong sebagai bekal kemana sahaja. Apabila terasa dahaga atau isyarat lapar bergema terus minum air kosong di tangan anda,minum sedikit demi sedikit tapi kerap.Sebelum mengambil makanan yang berat minum dahulu air kosong sebanyak yang mungkin 30min sebelum mengadap makanan. Pastinya kuantiti makanan anda ambil boleh dikecilkan..
e) Selain air kosong,pelbagaikan minuman anda dengan jus buah-buahan segar buatan sendiri tanpa gula.Pasti memenuhi selera anda setiap waktu..


Selamat Mencuba!~~

Tuesday, March 31, 2009

SEMAK PEMAKANAN ANDA

SNEK,SNEK,SNEK...



Pilihan SNEK anda tatkala LAPAR

Untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan, anda dibolehkan mengambil snek antara waktu makan yang utama.Tetapi harus diingat bahawa snek yang diamlbil perlulah snek yang sihat.Mungkin bila menyebut snek, ramai terbayangkan makanan ringan,kerepek,gula-gula atau cokelat.Hakikatnya, semua itu bukanlah snek yang sihat.

Snek yang sihat mampu memenuhi selera dan menambah tenaga anda semasa berdiet.Contohnya buah-buahan seperti epal,pir,buah naga dan lain-lain.Antara snek sihat yang lain seperti roti pita,yogurt dan keju rendah lemak juga disarankan untuk memenuhi rasa lapar anda pada pertengahan hari..
Pastikan snek yang anda pilih ringkas dan mudah disediakan.Elakkan menyimpan snek yang kurang sihat di dapur atau laci meja pejabat anda..~


JIMATKAN PENGGUNAAN KALORI

Selain itu bagi penggemar makanan berkalori tinggi masih ada alternatif yang sihat untuk menikmati makanan kegemaran anda...Bagaimana? Ikuti tips di bawah

PEMINAT AISKRIM =mungkin anda boleh cuba biskut lemak yang dipatah dua dan disapukan aiskrim..NIKMATILAH dengan sederhana..penjimatan kalori sebanyak 145 kal..Berbaloi kan?

BURGER = Sekiranya anda teringin menikmati burger yang berkeju. NANti dulu! gantikan dengan sandwich keju tanpa lemak bersama sedikit ayam panggang. Kalori boleh dijimatkan sehingga 150 kal. (^,^)

DADA ayam= Untuk menggantikan kenikmatan rasa dada ayam..cubalah kepingan ikan (kod atau lain2) yang dibakar. Penjimatan kalori yang tinggi sehingga 430 kal...(*.*) wauu..
OMELET = sekiranya anda menyediakan omelet di rumah, cuba gunakan putih telur sahaja dan pilihlah keju rendah lemak.Tidak perlu tambahkan daging..Mmg sedap.Kalori dijimat hingga 255 kal..Menarik bukan~ (",)

SMOOTHIE BUAH = Begini cara lain untuk menghasilkan smoothie yg sihat..Sejukkan susu soya/vanilla. Kemudian kisar bersama buah rasberi/blueberry yg sudah beku.Kalori jimat sehingga 356 kal..Cubalah~ (^_^)

Sumber :RAPI MAG.Jan 2008.

Thursday, March 26, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

Salam Sejahtera
Beberapa hari lepas,ada beberapa customer( bukan melanggan dari saya) datang ke tempat saya dan membuka bicara beliau tentang Jus mate5(JM5). Menurutnya beliau telah mengambil jm5 selama beberapa minggu dan malangnya tiada penurunan berat malah beliau semakin berselera dan semakin bertambah pula berat badan dari hari ke hari.
----------------- ----------------------- -------
Ini sedikit sebanyak menggangu fikiran saya pada mulanya.Pelik dan hairan bagaimana 3kotak JM5 yang dihabiskan beliau hanya sia-sia dan duit terbuang begitu sahaja. Dengan nada tidak berpuas hati saya mulakan beberapa pertanyaan asas kepada beliau.Ternyata beliau seorang suri rumah sepenuh masa yang rajin menyediakan makanan yang lazat2 kepada keluarga nya,maka kebanyakkannya beliau tidak dapat menahan godaan makanan yang berkalori tinggi yg terhidang di depan mata.Bayang kan lah.Sebelah paginya,beliau menyediakan nasi lemak untuk keluarga tercinta,pada waktu lunch JM5 diambil bagi mengawal selera..tetapi tidak sampai 3jam perut beliau sudah berkeroncong minta diisi. Melihatkan anak beliau yang sedang lahap meratah ayam goreng di meja makan membuatkan beliau tidak sabar menunggu 3jam sebelum mengambil kalori.Di sini 2 peraturan sudah dilanggar oleh beliau tanpa rasa bersalah pada diri sendiri.Saya sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan beliau bahawa JM5 tidak mengenyangkan malah menambah selera makan!~
---------------------- ----------------------- ----------------
Pertama sekali, jangan biarkan MAKANAN mendominasi hidup anda.Dari pemakanan yang salah timbullah pelbagai PENYAKIT.Melalui JM5 perawatan pengurusan badan oleh Dr.Rozmey telah meletakkan keSUNGGUHan pengamal JM5 itu sendiri untuk mengurangkan jumlah KALORI diambil dan menukar makanan yg tinggi lemak,karbohidrat,protien kepada makanan yg lebih berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan. Semuanya BERGANTUNG PADA DIRI ANDA SENDIRI..Inilah yang dialami oleh semua pengamal JM5.Pada pengguna yang rasa sukar, pasti kesukaran itu pada awalnya akan HILANG setelah anda berjuang dan bersabar mengikut kaedah dan nasihat pemakanan Dr.Rozmey yang disarankan.
-------------------- --------------------- ----------------
Keduanya, INGATLAH sekiranya anda mengambil kalori yang berlebihan (nasi lemak,ayam goreng,telur dadar,mee goreng dalam sehari) akhirnya ia akan ditukarkan kepada lemak. Saiz sel-sel lemak ini bukan sahaja membesar dan membesar malah akan bertambah komuniti nya dalam badan anda. Apabila anda melakukan senaman dalam 20 minit, anda akan rasa lapar dan dahaga setengah jam kemudian,rawat rasa lapar anda dengan AIR KOSONG.Bukan melayan kecenderungan anda untuk makan lebih banyak.Senaman asas (cth kemas rumah,dll) selama 30 minit sehari membakar 400kalori (misalnya),setelah itu anda membalas dengan roti canai dan kuah dal,nasi ayam dan kuih muih yang berjumlah 1400kalori. Tidak kah anda nampak ketidak adilan yang berlaku??
------------ ----------------------------- ------------------- --------------
Semasa penurunan berat badan, saiz sel-sel lemak boleh mengecil hingga 80% tetapi tidak pada bilangannya.Jadi,adakah anda ingin menambah lagi bilangan sel lemak yang sedia ada dalam badan anda?FIKIR-FIKIR dan RENUNG-RENUNG. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh???..Oleh itu, Berdiet lah dengan azam yang tinggi untuk tampil langsing DAN SIHAT~~

Wednesday, March 25, 2009

KEGAGALAN SEMASA BERDIET

Pogram yang terbaik,berkesan, selamat dan murah hanya dengan JUS MATE 5

Setelah beberapa ketika,badan anda sudah sebati dengan pogram asas Jus Mate5,dan berat badan anda akan berkurangan sedikit demi sedikit. Anda sudah serasi dengan pengambilan kalori yang rendah dan serat yang tinggi (dari sumber buah dan sayuran). Beberapa minggu seterusnya anda perlu mengelakkan makanan berlemak dan berminyak(PENGURANGAN secara berperingkat) serta minuman manis.Elakkan dari mengambil kopi dan jus buahan segera. Makan lah dalam hidangan yang kecil tetapi kerap supaya usus anda tidak terbeban.

Walau bagaimana pun mungkin masih ada di luar sana yang GAGAL mencapai target sasaran malah menjadi LEBIH TERUK setelah melalui pogram ini. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor .Mungkin ada daripada anda yang tidak berasa kenyang,atau masih rasa letih dan tak bermaya setelah mengamalkan JM5.Jangan risau,anda hanya perlu melihat kemungkinan perkara di bawah yang mungkin berkaitan dengan diri anda....

  • Pernah mengambil pil pelangsing atau pogram diet yang lain sebelum ini
  • Sedang mengamalkan OCP,Suntikan hormon, dan implan merancang keluarga
  • Mengambil pil mengandungi steroid
  • Mengambil pil anti-murung,anti-pysokotik
  • Menghidap ketumbuhan pituitary/adrenal
  • Mengalami kegagalan jantung,hati,renal
  • Kekurangan hormon tirod

atau faktor berpunca dari anda sendiri seperti
  • -Tidak mengurangkan jumlah kalori
  • -Anda minum/makan (ambil) kalori sebelum atau sebaik sahaja mengambil JM5
  • -Anda mengikut nafsu makan semasa hari awal mengamalkan jm5
  • -Apabila lapar anda terus mengambil makanan dan tidak berpuasa dari makanan berkalori tinggi.

Jika ada beberapa perkara diatas benar tentang anda,maka anda harus mengubah matlamat dan usaha.Asalkan anda bersabar dan tidak berputus asa, insyaAllah JM5 akan menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda..

POGRAM PENURUNAN BERAT BADAN

Sumber: Dr.Che Rozmey Che Din (Pakar Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan & SakitPuan)

ATURAN MENGAMBIL JUS MATE5
Menu di bawah adalah cadangan makanan yang membekalkan kurang dari 1000 kalori sehari.Anda boleh menukar menu tersebur berpandukan pada panduan mengira kalori.
---------------------------------------------------------------------------------------------
A) Untuk berat lebih 90kg

-sila ambil 2 peket JM5 sehari

Breakfast: Sebungkus nasi lemak/meehun (50sen)/2kpg roti dan jem + segelas air
Lunch: JUSMATE5
Dinner: Sup sayur/Tomyam/Buah-buahan + segelas air
Supper:JUSMATE5 (sebelum tidur)
---------------------------------------------------------------------------------------------
B) Untuk berat kurang 90kg

-ambil sepeket JM5 sehari

Breakfast:Sebungkus nasi lemak/meehun(50sen)/ 2kpg roti dan jem +segelas air
Lunch :JUSMATE5
Dinner: Sup sayur/Tomyam/Buah-buahan+segelas air
Supper:Biskut 2kpg + air
---------------------------------------------------------------------------------------------

Cara-cara penyediaan:
  1. Sediakan 400-500ml air sejuk(atau kiub ais)
  2. Campurkan sepeket Jusmate5
  3. Goncang / Kacau sehingga larut
  4. Siap untuk diminum
  • Pastikan anda minum 800ml atau lebih air kosong sehari
  • Elakkan mengambil kalori 2jam sebelum/ 3jam selepas mengambil JM5 bagi mengelakkan fungsi kerja JM5 terjejas.
  • Berpuasa daripada makanan tinggi kalori seperti KFC,KEK,Pizza,MEE,NASi untuk kesan lebih baik!

-----------------------------------------------------------------------------------------------

FUNGSI KERJA JUSMATE5

  • Jus Mate 5 akan aktifkan sel-sel
  • Sel menukar gula kpd tenaga (drpd makanan yg masuk)
  • Lemak juga ditukar pd tenaga (lemak sedia ada)
  • Sel-sel otak pula dirangsang untuk menghasilkan isyarat (rasa kenyang dan bertenaga)
  • Perut anda terasa berisi dan kenyang
  • Hasilnya,anda tidak lapar dan pembuangan najis yang lawas serta badan terasa ringan

Untuk minggu yang pertama,badan anda mungkin masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri (bergantung pada individu) dengan produk dan pogram ini.Selagi anda mengamalkan aturan makanan dan mengambil JM5, anda akan mengalami hasil penurunan yang menakjubkan.Apabila 3-5 minggu mengamalkan JM5,anda akan berada pada zon selesa dan mungkin turun antara 5-10kg dalam sebulan.

Pogram penurunan berat badan Jus mate5 amat berkesan dan selamat.Sudah beberapa kali terbukti keberkesanan nya dan mudah diamalkan.Tanpa rasa lapar dan letih dengan ada nya fungsi "fat burnner" dalam jus mate5.Sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira lelaki atau pun wanita.

MARI KENALI KALORI

Setiap hari anda akan mengambil sejumlah kalori sebagai sumber tenaga untuk menjalani kehidupan seharian.Pengambilan kalori secara sederhana mengikut keperluan membantu anda untuk sentiasa cergas dalam melakukan tugasan yang memenatkan.Tetapi pengambilan kalori secara berlebihan akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh anda.

Secara amnya tubuh memerlukan 2400 kalori - 2800kalori sehari.Dengan Jus mate5,anda hanya perlu ambil kalori yang disarankan( <1000kalori) dan selebih tenaga akan diperoleh daripada penukaran lemak dalam badan anda kepada tenaga yang diperlukan.Bukan daripada makanan yang diambil.Malah anda disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 800ml sehari untuk memastikan fungsi Jus mate5 berjalan dengan lancar. Dalam pogram diet Jus mate 5 ini anda perlu tahu 2 perkara asas yang berlaku semasa penurunan berat badan, iaitu :Mengurangkan pengambilan kalori/kurangkan makan :Menggunakan kalori secara maksimum/membakar lemak Maka,dalam pelan diet jus mate 5,anda perlu mengambil kalori kurang daripada 1000kalori sehari,manakala tenaga selebihnya akan diperolehi dari pembakaran lemak oleh sel-sel yang telah diaktifkan oleh jus mate5. Berikut adalah senarai makanan harian dan kandungan kalori setiap hidangan:

Kategori:Kuih Muih
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

    Kategori: Lauk Pauk
  • Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori

  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori

  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori

  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori

  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori

  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori

  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori

  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

  • Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori

  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Kategori: Makanan Rutin

  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori

  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori

  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori

  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori

  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori

  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori

  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori

  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori

  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


    Kategori: Makanan Segera
  • Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

  • Nugget ayam (satu) = 60 kalori

  • Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

  • Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

  • Burger keju (satu) = 425 kalori

  • Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

  • Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

  • Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan


  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori

  • Betik (sepotong) = 45 kalori

  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori

  • Durian (5 ulas) = 64 kalori

  • Limau (sebiji) = 42 kalori

  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

  • Nenas (sepotong) = 59 kalori

  • Epal (sebiji) = 63 kalori

  • Ciku (sebiji) = 44 kalori

  • Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori minuman:-

  • minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal

  • minuman kotak 250g - 105 kal

  • susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal

  • susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal

  • aiskrim 2 skop- 390 kal

  • susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal

  • yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal

  • mentega 2 sudu teh - 75 kal

  • keju chedar 1 keping -58 kal

Itulah sebahagian daripada kalori dalam makanan yang selalu kita ambil setiap hari.Maka, makanlah dengan sihat.Saya cadangkan pengambilan makanan anda perlu lah berpandukan piramid makanan di bawah, dan pastikan tidak melebihi 1000 kalori sehari..Selamat mencuba~!


sumber: http://www.freewebs.com/anakdara

Monday, March 23, 2009

IKLAN DAN TESTIMONI PENGGUNA

Produk Jus DR II berfungsi untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit,merawat penyakit kulit seperti kelumumur,jeragat dan jerawat dalam masa 2 hingga 3 minggu..sungguh berkesan!!


Jus Diet Mate 5 diformulasikan oleh doktor tempatan.Tanpa bahan kimia dan pewarna serta selamat digunakan.Sudah terbukti berkesan! Dijamin tiada kegemukan semula.Jangan was-was lagi.Gunakan produk ini sekarang untuk mendapatkan bentuk bandan yang anda idam kan..


Jus Mate5 juga boleh diamalkan dalam bulan Ramadhan dan semasa anda menjalani ibadah puasa.JM5 akan membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari.Cara pengambilan amat mudah iaitu, sepeket JM5 pada waktu sahur, dan sepeket lagi diambil sebelum tidur.Jangan lupa minum air kosong banyak2 pada waktu sahur dan malam..Memang ternyata 100% berkesan membantu penurunan berat badan!~..


BAI,antara salah seorang pengguna tetap JM5.Berjaya menurunkan berat badan tanpa putus asa.Kini beliau masih berusaha menurunkan lagi berat badan dengan Jus Mate5 dan tidak berpaling arah.Ini lah bukti usaha gigih beliau..Anda bila lagi?Cepat dapatkan sekarang~! Jangan berlengah, jangan tunggu hingga berat anda semakin bertambah setiap hari..

Sunday, March 22, 2009

Borang Pesanan

KENAPA PILIH JUS MATE5??


Jus Mate 5 Produk Ajaib
Syarikat yang kukuh dan berdaya saing

Hasil kajian pakar, Doktor Che Rozmey Che Din. Penyelidikan selama 15 tahun dalam bidang perubatan perbidanan, obesiti dan bio-herb

Produk-produk ini telah diakui ramai dengan kebolehannya memberi kesan yang begitu ajaib dan selamat.

Keajaiban produk Dr Rozmey telah tersebar melalui media tempatan seperti di akhbar HARIAN METRO, MAJALAH FAMININ & FAMILY, APPRENTICE, BERITA HARIAN dan internet.


Kepada anda yang berminat untuk menjalani pogram ini. Anda boleh mengikuti langkah2 di bawah:



PILIH PAKEJ:




  • 10 peket JM5(pek percubaan) = RM100.00

  • Sekotak JM5 = RM200.00


  • 3 KOTAk JM5 = RM450.00 dengan BONUS keahlian PERCUMA



1)Hantarkan pesanan(SMS) dengan menaip:



Tempah (JM5 atau DR II atau Dock-K)


ke nombor di bawah


019-9870051 atau 017-9108735



2) Anda akan menerima SMS pengesahan yang tempahan anda telah diterima


3) Seterusnya anda perlu bank in/transfer ke akaun pengedar mengikut jumlah barang yang dipesan atas nama pengedar aktif anda -Noormaiza Nordin (ahli dan pengedar aktif caw.PEKAN PAHANG)


MAYBANK

151306682829


CIMB
06021487476529



4) Setelah selesai pembayaran, sila hantarkan butir2 pembayaran dan maklumat anda
seperti dibawah untuk tujuan rekod penghantaran.

NAMA:
IC:
ALAMAT:
NAMA PASANGAN:
IC:
JUMLAH BAYARAN:
MASA DAN TARIKH TRANSAKSI:
BANK:


Hantarkan maklumat tersebut secepat mungkin secara SMS atau email terus ke
sang_merah01@yahoo.com


```~~~Penghantaran ke Seluruh Malaysia adalah PERCUMA dan Penghantaran Berhampiran saya adalah by hand (Percuma)

Alamat stokis kawasan PEKAN (PAHANG)
Noormaiza (aiza)
PERNIAGAAN PIRZA BAKTI
TAMAN MENTIGA JAYA

PEKAN... Jumpa anda~

''''Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada saya dan akan dibimbing sehingga berjaya.
''''Dapatkan juga free templates berkaitan BEAUTY AND HEALTH secara percuma
''''Untuk CD aerobik 30 minit juga boleh request dr saya (pada yang berminat shj).. TQ

INTRODUCTION

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung.Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.Ruangan ini baru dibuka untuk sebarang komen serta soalan berkaitan pogram Diet bersama Jus Mate5.Saya juga salah seorang pengedar dan pengguna Jus Mate 5 ni.Sebarang kemusykilan atau soalan berkaitan boleh dikemukakan di sini.InsyaAllah akan mendapat respon secepat mungkin.Semua sumber jawapan adalah berasaskan pengalaman,pengetahuan dan pendapat pengguna serta pandangan Dr.Rozmey sendiri.Moga dapat dimanfaatkan bersama.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pogram diet bersama JusMate5 bersama saya,boleh mendaftar sebagai pengguna JusMate5 di bawah saya dan anda akan diberi nasihat serta cara yang betul tentang amalan pemakanan Jusmate5 ini.Lengkap kan borang dan pembayaran seperti diterangkan di tajuk borang pesanan.

Untuk pelanggan saya yang sedang mengikuti pogram diet bersama Jusmate 5 ini,saya doakan yang terbaik untuk anda semua.Bersama-sama kita berusaha untuk hidup lebih sihat dan tampil cantik.Jangan sekali-kali mudah berputus asa.Sekian.Salam sayang....