What's on TOP?

Siapa geng Diet !! :)

Monday, May 31, 2010

New Method and Approach-Part II

Introducing..



Saya tertarik dengan satu kaedah yang baru diperkenalkan oleh Jon Gabriel.Jom saya ulaskan sedikit sebanyak secara kasar tentang bagaimana beliau mendapat aspirasi dan apakah yang dikatakan The Gabriel Method...

Gabriel pada awalnya mengalami masalah berat badan yang melampau (220 pound) .Pelbagai kaedah dan produk diguna kan oleh beliau termasuk berjumpa pakar diet seperti Atkins sendiri.Sudah banyak kali beliau    berputus asa untuk meneruskan usaha menurukan berat badan.Sudah beberapa kali Gabriel mencuba produk di pasaran semuanya berhasil pada awalnya,tetapi selepas kira 44 pound turun, penurunan menjadi perlahan dan berhenti.Ini membuatkan beliau kecewa dan berat badan kembali bertambah malah nafsu makan lebih teruk daripada sebelumnya.

Suatu hari beliau ditakdirkan terselamat dari kejadian 11 September di  NY.Mujurlah beliau menempah tiket dari kapal terbang lain tidak seperti selalu menaiki kapal terbang United Airlines flight 9 yang di hijack dan merempuh bangunan pentagon pada hari yang sama. Setelah itu,beliau bersyukur dan menanam cita2 untuk tidak mensia-siakan hidupnya.Beliau ingin hidup secara sihat dan ingin kurus untuk menikmati hidup yang singkat. Pelbagai carian dibuat tentang diet dan obesiti.Gabriel juga memenuhi masa dengan membuat kajian mengenai tubuh badan manusia,hormone,psikologi,kuantum fizik dan biochemistry.Setelah beberapa ketika beliau menjumpai satu kaedah yang bukan sahaja berkesan pada dirinya malah pada orang lain yang mempunyai masalah berat badan. Kaedah yang beliau perkenalkan itu ialah


Untuk tahu lebih lanjut tentang kaedah ini, boleh dapatkan info di bawah

Jon Gabriel

New Method and Approach-Part I

Salam Sejahtera buat pengunjung,

Kali ini saya ingin membincangkan tentang kaedah yang diguna oleh individu yang mempunyai masalah berat badan atau obes. Saya sendiri telah mempraktikkan pelbagai cara yang saya pelajari untuk membantu saya menghilangkan lemak dalam badan ini..hehehe..So ape salahnya kita share sama-sama kali ini.

Seperti yang kita tahu ramai individu yang obes lebih tertarik untuk mengambil supplemen atau ubat untuk kurus.Tambahan pula di pasaran sekarang macam macam jenis ubat dan minuman yang di cipta khas untuk membantu golongan obes mendapatkan berat idaman.Termasuk lah Jusmate5 salah satu.Selain itu ada juga kaedah lain yang boleh membantu dari segi motivasi dan psikologi.Bukan senang ye nak kekalkan disiplin untuk terus berusaha mencapai berat ideal.Susah sangat dan semuanya bergantung pada diri sendiri.Antaranya :

i) menjadikan artis sebagai idol/berat yang diimpikan


ii) mengambil iktibar dari pengalaman lepas


iii) menyenarai kan keperluan kalori harian

dan pelbagai cara bagi memantapkan motivasi diri untuk berusaha dalam perjuangan itu.Malah ada juga jenis-jenis diet yang diperkenalkan oleh pakar pemakanan dan pakar motivasi bagi memberi alternatif kepada golongan obes ini meneruskan usaha menurunkan berat badan.Antara jenis dietnya ialah :

i) Diet Atkins - elak makanan berkarbohidrat (o.2 g Carbo sehari)-Atkin , Atkins
ii) Diet protien tinggi -Hanya ambil makanan berprotien shj -Hi Protien , Protien Foods
iii) Vegetarian - Hanya ambil sayur dan buah-buahan sahaja - veggie
iv) Fad Diet - pelan diet lain spt South Beach,Hay- contoh dan contoh1 dan contoh 2
       
dan lain-lain jenis diet yang dipelbagaikan.Golongan obes boleh try and error untuk cuba semua cara diet ini bagi membantu dalam usaha mereka. Tetapi ingat,jangan terlalu ekstrem dan saya cadangkan sila rujuk dahulu panduan dan cara yang betul bagaimana untuk menjalani diet jenis di atas.Dapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu ye..Banyak produk atau jenis diet yang dilakukan sekarang memang mendatangkan kesan apabila kita lakukan dengan disiplin.Pada beberapa minggu terawal mungkin kita akan mendapati berat turun dengan konsisten.Tapi pada suatu tahap (mungkin selepas beberapa bulan menjalani kaedah/mengambil produk) kita akan mendapati penurunan berat mulai perlahan dan menurun dan akhirnya terhenti sebelum kita dapat capai target (sesetgh org mungkin dapat capai target, tahniah)..Kenapa itu terjadi?Mengapa kaedah itu tidak konsisten sehingga kita mendapat berat ideal??
  
Kaedah terbaru : The Gabriel Method