What's on TOP?

Siapa geng Diet !! :)

Thursday, March 26, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

Salam Sejahtera
Beberapa hari lepas,ada beberapa customer( bukan melanggan dari saya) datang ke tempat saya dan membuka bicara beliau tentang Jus mate5(JM5). Menurutnya beliau telah mengambil jm5 selama beberapa minggu dan malangnya tiada penurunan berat malah beliau semakin berselera dan semakin bertambah pula berat badan dari hari ke hari.
----------------- ----------------------- -------
Ini sedikit sebanyak menggangu fikiran saya pada mulanya.Pelik dan hairan bagaimana 3kotak JM5 yang dihabiskan beliau hanya sia-sia dan duit terbuang begitu sahaja. Dengan nada tidak berpuas hati saya mulakan beberapa pertanyaan asas kepada beliau.Ternyata beliau seorang suri rumah sepenuh masa yang rajin menyediakan makanan yang lazat2 kepada keluarga nya,maka kebanyakkannya beliau tidak dapat menahan godaan makanan yang berkalori tinggi yg terhidang di depan mata.Bayang kan lah.Sebelah paginya,beliau menyediakan nasi lemak untuk keluarga tercinta,pada waktu lunch JM5 diambil bagi mengawal selera..tetapi tidak sampai 3jam perut beliau sudah berkeroncong minta diisi. Melihatkan anak beliau yang sedang lahap meratah ayam goreng di meja makan membuatkan beliau tidak sabar menunggu 3jam sebelum mengambil kalori.Di sini 2 peraturan sudah dilanggar oleh beliau tanpa rasa bersalah pada diri sendiri.Saya sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan beliau bahawa JM5 tidak mengenyangkan malah menambah selera makan!~
---------------------- ----------------------- ----------------
Pertama sekali, jangan biarkan MAKANAN mendominasi hidup anda.Dari pemakanan yang salah timbullah pelbagai PENYAKIT.Melalui JM5 perawatan pengurusan badan oleh Dr.Rozmey telah meletakkan keSUNGGUHan pengamal JM5 itu sendiri untuk mengurangkan jumlah KALORI diambil dan menukar makanan yg tinggi lemak,karbohidrat,protien kepada makanan yg lebih berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan. Semuanya BERGANTUNG PADA DIRI ANDA SENDIRI..Inilah yang dialami oleh semua pengamal JM5.Pada pengguna yang rasa sukar, pasti kesukaran itu pada awalnya akan HILANG setelah anda berjuang dan bersabar mengikut kaedah dan nasihat pemakanan Dr.Rozmey yang disarankan.
-------------------- --------------------- ----------------
Keduanya, INGATLAH sekiranya anda mengambil kalori yang berlebihan (nasi lemak,ayam goreng,telur dadar,mee goreng dalam sehari) akhirnya ia akan ditukarkan kepada lemak. Saiz sel-sel lemak ini bukan sahaja membesar dan membesar malah akan bertambah komuniti nya dalam badan anda. Apabila anda melakukan senaman dalam 20 minit, anda akan rasa lapar dan dahaga setengah jam kemudian,rawat rasa lapar anda dengan AIR KOSONG.Bukan melayan kecenderungan anda untuk makan lebih banyak.Senaman asas (cth kemas rumah,dll) selama 30 minit sehari membakar 400kalori (misalnya),setelah itu anda membalas dengan roti canai dan kuah dal,nasi ayam dan kuih muih yang berjumlah 1400kalori. Tidak kah anda nampak ketidak adilan yang berlaku??
------------ ----------------------------- ------------------- --------------
Semasa penurunan berat badan, saiz sel-sel lemak boleh mengecil hingga 80% tetapi tidak pada bilangannya.Jadi,adakah anda ingin menambah lagi bilangan sel lemak yang sedia ada dalam badan anda?FIKIR-FIKIR dan RENUNG-RENUNG. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh???..Oleh itu, Berdiet lah dengan azam yang tinggi untuk tampil langsing DAN SIHAT~~