What's on TOP?

Siapa geng Diet !! :)

Monday, May 31, 2010

New Method and Approach-Part I

Salam Sejahtera buat pengunjung,

Kali ini saya ingin membincangkan tentang kaedah yang diguna oleh individu yang mempunyai masalah berat badan atau obes. Saya sendiri telah mempraktikkan pelbagai cara yang saya pelajari untuk membantu saya menghilangkan lemak dalam badan ini..hehehe..So ape salahnya kita share sama-sama kali ini.

Seperti yang kita tahu ramai individu yang obes lebih tertarik untuk mengambil supplemen atau ubat untuk kurus.Tambahan pula di pasaran sekarang macam macam jenis ubat dan minuman yang di cipta khas untuk membantu golongan obes mendapatkan berat idaman.Termasuk lah Jusmate5 salah satu.Selain itu ada juga kaedah lain yang boleh membantu dari segi motivasi dan psikologi.Bukan senang ye nak kekalkan disiplin untuk terus berusaha mencapai berat ideal.Susah sangat dan semuanya bergantung pada diri sendiri.Antaranya :

i) menjadikan artis sebagai idol/berat yang diimpikan


ii) mengambil iktibar dari pengalaman lepas


iii) menyenarai kan keperluan kalori harian

dan pelbagai cara bagi memantapkan motivasi diri untuk berusaha dalam perjuangan itu.Malah ada juga jenis-jenis diet yang diperkenalkan oleh pakar pemakanan dan pakar motivasi bagi memberi alternatif kepada golongan obes ini meneruskan usaha menurunkan berat badan.Antara jenis dietnya ialah :

i) Diet Atkins - elak makanan berkarbohidrat (o.2 g Carbo sehari)-Atkin , Atkins
ii) Diet protien tinggi -Hanya ambil makanan berprotien shj -Hi Protien , Protien Foods
iii) Vegetarian - Hanya ambil sayur dan buah-buahan sahaja - veggie
iv) Fad Diet - pelan diet lain spt South Beach,Hay- contoh dan contoh1 dan contoh 2
       
dan lain-lain jenis diet yang dipelbagaikan.Golongan obes boleh try and error untuk cuba semua cara diet ini bagi membantu dalam usaha mereka. Tetapi ingat,jangan terlalu ekstrem dan saya cadangkan sila rujuk dahulu panduan dan cara yang betul bagaimana untuk menjalani diet jenis di atas.Dapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu ye..Banyak produk atau jenis diet yang dilakukan sekarang memang mendatangkan kesan apabila kita lakukan dengan disiplin.Pada beberapa minggu terawal mungkin kita akan mendapati berat turun dengan konsisten.Tapi pada suatu tahap (mungkin selepas beberapa bulan menjalani kaedah/mengambil produk) kita akan mendapati penurunan berat mulai perlahan dan menurun dan akhirnya terhenti sebelum kita dapat capai target (sesetgh org mungkin dapat capai target, tahniah)..Kenapa itu terjadi?Mengapa kaedah itu tidak konsisten sehingga kita mendapat berat ideal??
  
Kaedah terbaru : The Gabriel Method

No comments:

Post a Comment