What's on TOP?

Siapa geng Diet !! :)

Wednesday, March 25, 2009

MARI KENALI KALORI

Setiap hari anda akan mengambil sejumlah kalori sebagai sumber tenaga untuk menjalani kehidupan seharian.Pengambilan kalori secara sederhana mengikut keperluan membantu anda untuk sentiasa cergas dalam melakukan tugasan yang memenatkan.Tetapi pengambilan kalori secara berlebihan akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh anda.

Secara amnya tubuh memerlukan 2400 kalori - 2800kalori sehari.Dengan Jus mate5,anda hanya perlu ambil kalori yang disarankan( <1000kalori) dan selebih tenaga akan diperoleh daripada penukaran lemak dalam badan anda kepada tenaga yang diperlukan.Bukan daripada makanan yang diambil.Malah anda disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 800ml sehari untuk memastikan fungsi Jus mate5 berjalan dengan lancar. Dalam pogram diet Jus mate 5 ini anda perlu tahu 2 perkara asas yang berlaku semasa penurunan berat badan, iaitu :Mengurangkan pengambilan kalori/kurangkan makan :Menggunakan kalori secara maksimum/membakar lemak Maka,dalam pelan diet jus mate 5,anda perlu mengambil kalori kurang daripada 1000kalori sehari,manakala tenaga selebihnya akan diperolehi dari pembakaran lemak oleh sel-sel yang telah diaktifkan oleh jus mate5. Berikut adalah senarai makanan harian dan kandungan kalori setiap hidangan:

Kategori:Kuih Muih
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

    Kategori: Lauk Pauk
  • Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori

  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori

  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori

  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori

  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori

  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori

  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori

  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

  • Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori

  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Kategori: Makanan Rutin

  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori

  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori

  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori

  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori

  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori

  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori

  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori

  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori

  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


    Kategori: Makanan Segera
  • Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

  • Nugget ayam (satu) = 60 kalori

  • Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

  • Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

  • Burger keju (satu) = 425 kalori

  • Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

  • Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

  • Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan


  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori

  • Betik (sepotong) = 45 kalori

  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori

  • Durian (5 ulas) = 64 kalori

  • Limau (sebiji) = 42 kalori

  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

  • Nenas (sepotong) = 59 kalori

  • Epal (sebiji) = 63 kalori

  • Ciku (sebiji) = 44 kalori

  • Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori minuman:-

  • minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal

  • minuman kotak 250g - 105 kal

  • susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal

  • susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal

  • aiskrim 2 skop- 390 kal

  • susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal

  • yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal

  • mentega 2 sudu teh - 75 kal

  • keju chedar 1 keping -58 kal

Itulah sebahagian daripada kalori dalam makanan yang selalu kita ambil setiap hari.Maka, makanlah dengan sihat.Saya cadangkan pengambilan makanan anda perlu lah berpandukan piramid makanan di bawah, dan pastikan tidak melebihi 1000 kalori sehari..Selamat mencuba~!


sumber: http://www.freewebs.com/anakdara

No comments:

Post a Comment