Pilihan SNEK anda tatkala LAPAR
Untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan, anda dibolehkan mengambil snek antara waktu makan yang utama.Tetapi harus diingat bahawa snek yang diamlbil perlulah snek yang sihat.Mungkin bila menyebut snek, ramai terbayangkan makanan ringan,kerepek,gula-gula atau cokelat.Hakikatnya, semua itu bukanlah snek yang sihat.
Snek yang sihat mampu memenuhi selera dan menambah tenaga anda semasa berdiet.Contohnya buah-buahan seperti epal,pir,buah naga dan lain-lain.Antara snek sihat yang lain seperti roti pita,yogurt dan keju rendah lemak juga disarankan untuk memenuhi rasa lapar anda pada pertengahan hari..
Pastikan snek yang anda pilih ringkas dan mudah disediakan.Elakkan menyimpan snek yang kurang sihat di dapur atau laci meja pejabat anda..~
JIMATKAN PENGGUNAAN KALORI
Selain itu bagi penggemar makanan berkalori tinggi masih ada alternatif yang sihat untuk menikmati makanan kegemaran anda...Bagaimana? Ikuti tips di bawah
PEMINAT AISKRIM =mungkin anda boleh cuba biskut lemak yang dipatah dua dan disapukan aiskrim..NIKMATILAH dengan sederhana..penjimatan kalori sebanyak 145 kal..Berbaloi kan?
BURGER = Sekiranya anda teringin menikmati burger yang berkeju. NANti dulu! gantikan dengan sandwich keju tanpa lemak bersama sedikit ayam panggang. Kalori boleh dijimatkan sehingga 150 kal. (^,^)
DADA ayam= Untuk menggantikan kenikmatan rasa dada ayam..cubalah kepingan ikan (kod atau lain2) yang dibakar. Penjimatan kalori yang tinggi sehingga 430 kal...(*.*) wauu..
No comments:
Post a Comment