Antara tips terbaik yang paling berkesan dalam mana2 pogram penurunan berat badan ialah dengan mengambil air kosong lebih dari 800ml setiap hari atau lebih dari lapan gelas. Ini untuk memastikan tubuh anda tidak terhidrasi semasa menjalani pogram diet. Pengambilan air kosong juga disarankan bagi mengelakkan masalah kulit kering,sakit tekak dan juga batuk berpanjangan.Tambahan pula dengan cuaca di Malaysia sekarang yang tidak menentu anda disarankan mengambil air kosong sebanyak mungkin..
Tetapi masih ada kebanyakkan daripada pengamal Jus Mate 5 yang kurang mengambil air kosong dengan banyak alasan seperti tak sempat,tak boleh minum banyak, rasa payau dan pelbagai lagi.Di sini saya berikan beberapa tips untuk menambahkan pengambilan cecair harian dalam diet anda.
a) jika anda bukan penggemar air kosong kerana rasanya yang memang "kosong",jangan risau.Cuba perahan limau kasturi ke dalam setiap gelas minuman air kosong anda,tak kiralah sejuk atau suam.Selain itu hirisan lemon juga boleh membantu memikat rasa anda terhadap air kosong.Cubalah...
b)anda kurang minum air kosong dalam sehari,jangan khuatir kerana anda boleh tambahkan jumlah cecair dalam sup sayur yang anda ambil.sup berkhasiat semasa berdiet bukan sahaja memberi anda tenaga dan vitamin serta khasiat lain malah sup menambah kandungan bendalir dalam badan anda..
c)anda mungkin tergolong dalam individu yang susah untuk menelan air kosong dalam jumlah yang banyak sehari. Apa kata anda lakukan seperti yang saya sarankan,ambil sedikit makanan manis (ingat dalam jumlah yg kecil) seperti kek,coklat atau kuih manis,kemudian anda minumlah air kosong untuk mengurangkan kemanisan makanan tadi,insyaAllah 500ml air akan anda minum dengan mudahnya..
d)bawa air kosong sebagai bekal kemana sahaja. Apabila terasa dahaga atau isyarat lapar bergema terus minum air kosong di tangan anda,minum sedikit demi sedikit tapi kerap.Sebelum mengambil makanan yang berat minum dahulu air kosong sebanyak yang mungkin 30min sebelum mengadap makanan. Pastinya kuantiti makanan anda ambil boleh dikecilkan..
e) Selain air kosong,pelbagaikan minuman anda dengan jus buah-buahan segar buatan sendiri tanpa gula.Pasti memenuhi selera anda setiap waktu..
Selamat Mencuba!~~
No comments:
Post a Comment