What's on TOP?

Siapa geng Diet !! :)

Tuesday, December 20, 2011

Diet la sekarang jangan tunggu sampai esok

Diet 
1.   Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
  
2.   Elakkan menggunakan susu pekat manis. 
  
3.   Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. 
  
4.   Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. 
  
5.   Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan. 
  
6.   Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen. 
  
7.   Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan. 
  
8.   Senaman: 
  
o   Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. 
  
o   Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali. 
  
o   Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. 
 
9.   Ubat-ubatan - Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
  
o   Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
  
o   Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya. 
  
o   Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin. 
  
o   Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan. 
 
10.   Pembedahan - Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah: 
  
o   Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.
  
o   Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak. 
  
o   Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan. 
 
Kesesuaian Berat Badan (BMI)
Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1.   Normal: 17-25 
2.   Berat badan berlebihan: 25-30 
3.   Obesiti tahap I: 30-35 
4.   Obesiti tahap II: 35-40 
5.   Obesiti tahap III: 40 ke atas 

credit info:
sumber HalaQah.net

No comments:

Post a Comment